Tuesday, May 3, 2011

.::hAdirLah jiwA kpd Allah swt::.


Katakanlah: “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman [sama saja bagi Allah]. Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.
(Quran: Al-Israa’ 17:107-109)
Hadirlah jiwa kepada Allah.
Sudah sekian lama dirimu sekadar berkata-kata di bibir.
Namun jiwa masih tetap tidak mahu sedar akan Allah SWT.
Lalu dirimu tidak mampu memahami apa yang Allah SWT ajarkan kepadamu.
Jika dirimu tidak mampu memahami ilham yang sentiasa Allah SWT berikan kepadamu,
hadirlah selalu.

Kau akan mula memahami ilham yang diturunkan.
Ilham yang mengajar dirimu akan hidupmu.
Ilham yang kau sentiasa inginkan di dalam solatmu ketika dirimu memohon…
“ya Allah tunjukilah aku jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka. Jalan yang bukan Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat.”



Dirimu sering memohon.
Setiap hari.
Setiap waktu.
Namun dirimu tidak pernah hadir kepadaNya.
Lalu mana mungkin Engkau mampu memahami apa yang Allah ajarkan kepadamu.
Lebih malang apabila kamu menuduh Allah tidak pernah membantumu.
Menyelesaikan masalahmu.
Sedangkan setiap saat Allah SWT mengilhamkan kamu jalan-jalanNya.
Dirimu yang tidak mampu memahami.
Kerana kamu lebih suka mengikut fikiran dan emosimu.
Sentiasa memiliki persepsi buruk kepada sesuatu.
Kepada sesiapa sahaja.
Kepada keadaan.
Kamu menghijab sendiri dirimu.
Menghalang dirimu datang ke Allah.
Untuk  memahami apa yang Allah ajarkan kepadamu.
Dirimu enggan hadir.
Kerana dirimu berasa dirimu hebat.
Hebat dengan ilmumu yang dihafal.
Hebat dengan ilmu agamamu yang tersekat di syariat.
Tidak pernah mencecah hakikat dan rasa.
Hebat dengan jawatanmu yang tidak ke mana.
Hebat dengan kejayaanmu yang membuatkan kamu semakin jauh daripadaNya.
Hebat dengan persepsimu sendiri.
Hebat dengan kekayaanmu yang sering dibanggakan.
Cukuplah wahai teman.
Hadirlah kepada Allah SWT saat ini.
Hadirlah sebenar-benarnya.
Allah SWT tidak mahu kehebatanmu.
Allah SWT hanya ingin kamu datang kepadaNya.
Berserah, rela dan pasrah kepadaNya.
Nanti akan diajarkan kamu tentang hidupmu.
* (lakukan terus praktikal ini)

Diamkan dirimu.
Pasrahlah untuk mengikut kehendak Allah SWT.
Relakan dirimu kepadaNya.
Allah itu Tuhan.
Benar….Allah itu Tuhan.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Allah itu Rabbmu.
Bukan kawan-kawan.
Bukan saudara mara.
Bukan ibu bapa.
Allah itu Tuhan wahai kawanku.
Allah itu Tuhan.
Datanglah kepada Allah.
Datanglah dengan tenang.
Panggillah Tuhanmu dengan penuh akhlak.
Dengan jiwa yang tunduk.

Jangan sekat kehendak dirimu untuk hadir kepadaNya.
Lepaskan dari fikiran dan emosimu yang selalu menghalang dirimu hadir kepadaNya.
Panggillah…
ya Allah….aku datang ya Allah…aku datang.
Diam dan rasailah Allah memanggilmu kembali.
Kamu hanya mampu merasakan dengan jiwamu.
Rasakan getarannya…
Panggillah terus.
Datanglah terus tanpa henti.
Ya Allah….
Diam…rasailah jawapan Allah SWT….
Panggillah lagi….panggillah.
Ya Allah…
Datanglah ke Allah dengan rela…
Datang dengan bersungguh-sungguh…
Ya Allah….
Kini kamu mula merasa apa yang difirman oleh Allah SWT.  (Quran: Al-Israa’ 17:107-109)
Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar.
Alhamdulillah. Subhanallah.
Terima kasih ya Allah..terima kasih..

Saturday, April 16, 2011


Ya Allah SeTiaLah beRsAmaKu


Ya Rabbi Dikaulah Tuhanku..
Dan Engkau tahu bahawa malam ini benar-benar terasa sunyi..

Namun Engkau gelisahkan lagi hati lalu tiada ia bersuara..
Dan hati hanya mampu berbicara sepi..
Kerna terlalu ingin benar mengetahui..


Dada pun sebak..

Dek tak terucap lafaz yang didamba..
Dari hati malah dari mulut hilang suara..
Terima kasih pada ujian..
Sakit tak keruan..
Penuhi warna yang tiada terubatkan..

Maafkan saja hati Ya Allah..
Maafkan saja jiwa Ya Allah..
Maafkan juga beku sang qalbu Ya Allah..

Detik tolong aku penuhi rindu..
Dan sujudku damaikan hatiku..
Ku mohon selemah-lemah hamba-Mu..
Dalam indah malam ini..
Benar-benar buatku termanggu..
Kosong tanpa sendu..

Mahu benar lihat air mata mereka..
Mahu benar lihat mereka senyum tertawa..
Pabila melihatku suatu hari..
Yang menjadi manusia benar-benar menjadi..

Hanya pada-Mu Tuhan..
Aku ingin hidup..
Juga mahu mati..

Benarkanlah kali ini tanpa aksara..
Kerna jiwaku lesu..
Terlalu lesu diulit rindu..

Maafkan diriku duhai Penciptaku..
Kerna tak pernah terasa perit..
Juga tak mahu rasa jerih..

Bait kataku malam ini..
Tanpa jeda..
Tanpa nyawa..
Kerna terlalu ingin ku lepas merata..
Sepantas titis-titis manik di pipi..
Bercahaya..

Sunyi..
Sunyi..
Malam tolong temani aku..
Usap air mataku..
Beri ku kekuatan..
Tatkala hatiku tak mampu remuk..
Namun mahu pula patah..
Lebih parah..

Petanda orang beriman..
Mampukah aku capaikan..
Dengan ulang warkah-Mu..
Ingin saja pantas kembali pada-Mu..

Namun ku tak mampu yakini..
Bahawa rasa ini kan setia bersamaku..
Untuk saat-saat yang bakal menjamu..
Redha-Mu..
Ku mohon dari sehina-hina jiwa..
Yakini aku..
Bahawa Engkaukan terima cintaku..

Dan ku mohon diriku termanggu..
Untuk sesuatu yang tiadakan tentu..

Thursday, February 17, 2011

Allah Memanggil Kita Hanya 3 Kali Seumur Hidup...

Ibu berkata... *Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'


Ibu tersenyum. 'Iya, tahu ke tidak apa 3 panggilan itu..? 'Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan Pertama Adalah AzaN, Ujar Ibu.


'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.



Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.


Saya terpaku.... . mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,

2) Panggilan Yang Kedua Adalah Panggilan UmRah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tiada duit menjadi ada duit, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah......

3) 'Dan Panggilan Ke-3', Lanjut Ibu, 'Adalah KeMATiAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah........... Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang:

Pertama, orang yang meninggalkan solat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.




Friday, January 21, 2011

Azab wANITa


Azab waNita... 

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat . Renungan ini
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?   
                                                                                            
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.        
                                                                                         
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.     
                                                            
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.   
                                                                                            
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan...ReNungAn uNtukku.@}---       

              

Thursday, January 13, 2011

La Tahzan@}---


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya... Mungkin... Ujian yang sedang kulalui ini, mampu menjadikan diriku semakin tabah mengharunginya.. Ya Allah, kadang kala terasa seperti tidak mampu untuk mengharunginya...tetapi, kusedari Ya Allah... mana mungkin untukku melupainya .. kerana diri ini juga insan biasa...

Andai tiada CINTA dari Adam untukku.. cukuplah hanya CINTA Allah menyinari dan memenuhi jiwaku.. biarlah hanya cinta usrati yang memberi kebahagiaan untuk diriku.. cukuplah. Jangan biarkan hatiku tersentuh lagi sehingga saat itu benar2 tiba untukku.. Teringat kepada kata-kata seorang sahabat.. " KEJARLAH CITA2 SEMAMPUMU.. AKAN TIBA SUATU SAAT CINTA AKAN MENGIRINGINYA.." ingatlah wahai hati... cintailah Allah setingginya, kerana itu adalah cinta yang tak akan pernah mengecewakan..
Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta.. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU.. agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU..

Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati.. izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU..agar tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana.. Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya.. agar tidak berpaling dariMU..

Ya Rabbul Izzati.. jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU..

Ya Allah..jika aku mengagumi hambaMU.. jangan... jangan biarkan aku mengaguminya melebihi rasa kagum dan cintaku padaMU... 

~ Hanya Kerana Agamanya.. Ya Allah.. andai Kau takdirkan dirinya untukku, dekatkanlah hatinya dan hatiku.. jagalah hatiku dan jagalah dirinya untukku.. Andai.. Andai dirinya bukan untukku, redhakanlah.. damaikanlah.. tenangkanlah hatiku dengan ketetentuanMU.. Kuatkanlah imanku Ya Allah...Lemahnya hambaMu ini Ya Allah, pimpinlah hatiku d saat aku meragui akan keyakinanMu Ya Rabb.. Moge Redha Allah selalu bersamamu~


Tuesday, January 11, 2011

Allah Maha Mengetahui Segalanya..@}----


Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...


Allah SWT TAHU..@}----




Saturday, January 8, 2011

Ya Allah LeMaHnya diri Ini..@}----


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…
 


Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

Putrimu..

Putrimu..

walid dan ummi..

walid dan ummi..

.::menangislah duhai mata::.

.::menangislah duhai mata::.