Thursday, October 14, 2010

MILIK SIAPAKAH HATI INI??


Menjadi fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan mencintai. Bohonglahlah kalau ada yang dengan telus mengatakan mereka tidak memerlukan kasih sayang.Namun, kurniaan Siapakah nikmat kasih sayang itu, dan pada Siapakah harus diberikan cinta dan kasih sayang itu?

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (Ali ‘Imran: 14)
 
Jelas daripada ayat di atas, kesenangan dunia berupa harta benda dan insan-insan tersayang merupakan keindahan bagi manusia tetapi adalah jauh lebih baik jika perasaan indah itu hadir dengan menghambakan diri kepadaNya. Oleh itu, cinta yang mana satu harus diutamakan dan yang mana satu harus dikawal? Berikut ialah peringkat-peringkat cinta yang telah digariskan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah;

Maratubul Mahabbah-Peringkat- peringkat Cinta

1)Tatayyum – Cinta yang tertinggi, Cinta kepada Allah s.w.t, mengabdikan diri hanya padaNya, tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain dan menjalani kehidupan ikhlas kerana Allah s.w.t.
“dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebangai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.” (al-Baqarah: 165)

2)’Ishq – Cinta kepada Rasulullah s.a.w , berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan mengamalkan sunnah baginda.
“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”(Ali ‘Imran: 31)
 
3)Syauq – Cinta sesama mukmin, iaitu antara suami isteri serta Ibu bapa dan anak, yang mampu membawa kepada pembangunan Ummah.
“Dan ada diantara tanda-tanda (kebesaran)- Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (ar-Rum: 21)

4)Shahabah – Cinta sesama muslim yang melahirkan ukhwah Islamiah.

5)’Ithf – Cinta sesama muslim (simpati), yang mendorong kepada dakwah Islamiah.
“Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri.” (Riwayat Bukhari).

6)’Intifa – Cinta yang terendah iaitu cinta kepada dunia , dan kepada selain manusia seperti harta benda.
Haruslah Kita ingat semula bahawa sesungguhnya kasih sayang itu merupakan nikmat yang sungguh indah kurniaan dari Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Dengan kasih sayang itu maka wujudlah keluarga yang bahagia, persahabatan yang sejati dan dunia yang sejahtera. Dengan kasih sayang jugalah lahir kekuatan untuk meneruskan perjuangan dakwah menegakkan agama Allah. Namun begitu, janganlah nikmat ini disertakan dengan syahwat hanya semata-mata mahu memenuhi ‘fitrah’ diri kerana sesungguhnya hati dan nafsu tanpa kawalan Iman akan mendorong kepada kejahatan. Bukankah menggunakan nikmat yang Allah kurniakan untuk mengingkariNya ini namanya kufur nikmat? Bukankah dengan mengagung-agungkan dan sering mengingati kekasih atau menyambut Valentine’s day itu ciri-ciri hamba yang tidak bersyukur?

“Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang” (Yusuf: 53)

“…tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengtahui, sedang kamu tidak mengetahui” (al-Baqarah: 216)

Diakui bukan mudah untuk mengawal nafsu, namun dengan doa dan amal ibadah, Allah akan membantu para mujahadah ini dan menunjukkan jalan kepadaNya [29:69].

Hanya dengan mengutamakan sandaran cinta kita kepada Allah dan RasulNya, barulah kita benar-benar mampu merasai bahagia nikmat kasih sayang di dunia dan seterusnya kemenangan di akhirat nanti, InsyaAllah. Maka ayuh bersama muhasabah dan persoalkan kembali pada diri yang sering lupa ini, Siapakah Pemilik Hakiki Hati ini? Siapakah Pemilik Hakiki Cinta ini?

No comments:

Post a Comment

Putrimu..

Putrimu..

walid dan ummi..

walid dan ummi..

.::menangislah duhai mata::.

.::menangislah duhai mata::.