Thursday, December 9, 2010

MaRi bErDoA..@}-----


mari berdoa~
Asas dalam berdoa



Orang yang mustajab doanya:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Dari Tempat yang Jauh.
5. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
6. Orang yang Memperbanyak Berdoa Pada Saat Lapang dan Bahagia.
7. Doa Orang Tua Terhadap Anaknya
8. Doa Orang Yang Sedang Puasa
9.  Doa Seorang Musafir
10. Orang yang mengangkat dan menadah tangan
11. Berulangkali menyebut namaNya

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Masa yang mustajab untuk berdoa
1. Sepertiga Akhir Malam
2. Tatkala berbuka Puasa bagi orang yang berpuasa
3. Setiap selepas solat fardhu
4. Ketika saat perang berkecamuk
5. Sesaat ketika hari Jum’at
6. Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah
7. Doa di antara Adzan dan Iqamah
8. Doa ketika waktu sujud di dalam solat
9. Ketika saat sedang hujan
10. Ketika saat ajal tiba
11. Ketika Malam Lailatul Qadar
12. Doa ketika Hari Arafah

Etika doa
1. si pemohon jangan sampai jemu dan putus asa
2. Tekun dan berteguh hati (ibarat pengemis)
3. Kalian harus berdoa dalam waktu yang panjang
4. perlu dalam keadaan rendah diri dan dalam kerahsiaan
5. Bersabar dalam berdoa
6. Iringi doa dengan air mata keinsafan
7. menjauhkan diri dari makanan dan minuman yang haram
8. menghadap kiblat
9. berdoa pada waktu-waktu mustajab
10. memulai doa dengan mengucap pujian kepada Allah Taala dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.
11.  berdoa dengan ikhlas,
12. yakin akan dimakbulkan Allah Taala dengan kemurahan dan kasih sayangNya
13. diulang-ulang sebanyak tiga kali


Sebab doa tidak makbul
1.Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi tidak kamu penuhi hak-hakNya.
2.Kamu membaca Alquran, tetapi tidak kamu amalkan isi-isinya.
3.Kamu mendakwa cinta kepada Rasulullah tetapi kamu tidak menjalankan suruhannya.
4.Kamu mendakwa menjadi musuh syaitan tetapi kamu menjadi kawan kepadanya.
5.Kamu mendakwa untuk melepaskan diri dari neraka tetapi kamu lemparkan diri kamu ke dalamnya.
6.Kamu mendakwa untuk masuk syurga tetapi tidak beramal menuju ke arah itu.
7.Kamu katakan bahwa mati itu pasti datang tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8.Kamu asyik menyebarkan aib saudaramu tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.
9.Kamu menikmati anugerah Tuhan yang diberikan kepadamu , tetapi kamu masih tidak bersyukur kepadaNya.
10.Kamu pergi menziarahi orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar untuk membanyakkan ibadat kepada Allah untuk menemuiNya.

Rukun doa
Telah berkata Ibnu Aṭa‘illāh al-Sakandarī:
Doa itu ada rukun, sayap, waktu, sebab. Apabila rukun itu berbetulan maka jadi kuat, apabila sayap itu berbetulan maka akan naik,apabila berbetulan dengan waktu-waktunya maka berjaya, apabila berbetulan dengan sebab-sebanya maka akan berjaya. Adapun rukunnya ialah hadir hati selalu Allah, khusyuk kerana Allah, malu kerana Allah, pengharapan pada ehsan Allah. Sayapnya ialah benar dan makan makanan yang halal. Waktunya ialah waktu yang terluang diisi hanya untuk Allah dan berkhalwat contohnya pada waktu sahur. Sebabnya ialah selawat ke atas Nabi SAW. Sesungguhnya doa tidak akan diterima kecuali setelah berselawat ke atas Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment

Putrimu..

Putrimu..

walid dan ummi..

walid dan ummi..

.::menangislah duhai mata::.

.::menangislah duhai mata::.